Stevia Pengganti Gula Racun Putih

Friday 19 December 2014

Hanez Tak Bohong !!

Sebaik kes perceraian bekas kekasihnya, Romie Razin selesai baru-baru ini, wakil media sibuk mencari dan cuba mendapatkan kenyataan daripada Hanez Suraya.
Ternyata ramai seakan-akan tidak percaya kenyataan diberikan Hanez sebelum ini bahawa dia dan Romie mengakhiri hubungan mereka.
Ramai beranggapan Hanez atau nama sebenarnya Hanez Suraya Abd Aziz, 29, sengaja memberi kenyataan itu demi menyelamatkan kerjayanya.
Sewaktu dihubungi bagi mendapatkan penjelasan, Hanez mengakui tidak mengerti mengapa masih ada pihak tidak mempercayai katanya.
"Berbohong semata-mata mahu menyelamatkan kerjaya? Dakwaan itu tidak masuk akal. Memang saya sayangkan karier yang dibina hampir 10 tahun, tetapi saya tidak akan mempermain-mainkan soal hati dan perasaan sendiri," katanya.
Jelas Hanez, sebaik kes penceraian Romie diumumkan dan disiarkan pihak media, ramai mencari dan mahu mendapatkan kenyataan daripadanya.
"Kenapa pula saya perlu memberi kenyataan, sedangkan antara kami tidak ada apa-apa hubungan. Untuk apa saya sentuh perkara yang tiada kaitan dengan saya," katanya.
Tambah Hanez, dia tidak mahu mencampuri urusan bekas kekasihnya kerana bimbang ia menimbulkan rasa kurang senang mana-mana pihak mahupun peminatnya.
"Sudah-sudahlah! Kisah saya dan Romie sudah lama berlalu. Saya tidak mahu merosakkan keadaan.
"Ini kenyataan terakhir saya mengenai Romie dan harap tidak akan ada lagi mana-mana pihak cuba bertanya atau membangkitkan soal antara kami. Tidak dinafikan Romie lelaki baik yang pernah hadir dalam hidup saya, tetapi tiada jodoh antara kami," katanya.
Dalam waktu sama, timbul gosip Hanez bertemu pengganti yang bertugas sebagai juruterbang. Gambar pelakon utama drama rantaian popular, Suri itu bersama jejaka berkenaan pernah dimuat naik di laman sosial.
Hanez bagaimanapun enggan memberi komen kerana apa yang berlaku sebelum ini banyak memberi pengajaran.
"Berikutan terlalu jujur berkongsi kisah peribadi, kerjaya seni saya hampir musnah. Saya tidak mahu mengulangi kesilapan sama.
"Bukan kerana individu dalam gambar itu berstatus suami orang atau apa, saya tidak mahu kehidupan peribadi jadi tumpuan hingga orang lupa saya pelakon," katanya.
Tegas Hanez lagi, apabila timbul kontroversi, banyak pihak keliru menilai bakat atau personaliti sewaktu menawarkan terbabit dalam produksi filem serta drama.
"Saya berasakan ini jalan terbaik. Saya tidak mahu menjawab soalan yang menyentuh perihal bekas kekasih, teman lelaki atau apa saja yang dirasakan boleh memberi impak negatif kepada saya mahupun kerjaya.
"Tumpuan saya kini adalah meraih kembali kepercayaan umum terhadap bakat yang saya miliki. Soal jodoh, biar Allah yang tentukan," katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 14 Disember 2014 @ 5:02 AM
- myMetro

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...