Kuala Lumpur: Kerajaan digesa lebih serius dalam usaha memastikan pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) tidak terus membebankan rakyat negara ini.
Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) Datuk Azih Muda berkata, sejak ia diperkenalkan 1 April lalu, pihaknya menerima rungutan dalam kalangan 1.6 juta ahlinya mengenai kenaikan harga barang yang tidak sepatutnya berlaku jika GST dilaksana dengan berkesan.
"Sebab itu, kami berharap agar kerajaan melihat semula adakah cukai jualan dan perkhidmatan (SST) sebanyak 16 peratus sebelum ini benar-benar dihapuskan dan digantikan cukai GST yang lebih rendah sekali gus harga barang sepatutnya menjadi lebih murah.
"Usaha ini perlu dilakukan 200 peratus melibatkan semua pihak berkaitan dan bukannya terletak pada satu dua kementerian sahaja," katanya pada sidang media di sini, malam ini.
Oleh Rizanizam Abdul Hamid
am@hmetro.com.my
Harian Metro
Pelbagai Cerita-Cerita Kehidupan Masyarakat Malaysia yang Boleh Dibaca Dan Dikongsikan Disini. Jadilah Anak-Anak Malaysia yang Bangga Dengan Agama, Budaya Dan Kehidupan Malaysia. Kami Sayang Malaysia.
Friday, 10 April 2015
Anggota keselamatan terlibat IS pengkhianat
PETALING JAYA 9 April - Anggota keselamatan negara yang disyaki terlibat dalam pergerakan kumpulan militan Negara Islam (IS) disifatkan sebagai pengkhianat negara.Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata, anggota-anggota keselamatan negara tidak sepatutnya terlibat dalam sebarang aktiviti keganasan kerana tanggungjawab mereka adalah untuk menjaga dan memelihara keamanan masyarakat.
Katanya, ketika beliau masih berkhidmat dalam pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM), terdapat kes anggota keselamatan terlibat dalam kumpulan keganasan itu namun tidaklah begitu serius.
“Bagi saya mereka yang terlibat dalam aktiviti sebegitu adalah pengkhianat negara.
“Malah semasa masih berkhidmat dahulu, tiada kes seumpama itu tetapi ada kes anggota berasa
Gempar Bekas Pemain Malaysia Dipenjara Di Singapura
Singapura: Bekas pemain bola sepak Malaysia dipenjara 24 bulan atas tuduhan rasuah dan kesalahan imigresen, kata Biro Siasatan Amalan Rasuah (CPIB), hari ini.
Terdahulu, Thana Segar S Sinnaiah (Thana Segar), 40, mengaku tidak bersalah atas empat tuduhan, termasuk bersubahat dengan Selvarajan Letchuman memberi rasuah tidak lebih RM15,000 (S$5,600) kepada pengadil, Shokri Nor untuk menentukan keputusan perlawanan Liga Super di antara LionsXII dan Sarawak, pada 22 Mei 2012.
Dia juga mengaku tidak bersalah atas dua tuduhan bersubahat dengan Selvarajan dan Shokri untuk

Thursday, 9 April 2015
Bayaran PTPTN Mengikut Pendapatan Seseorang
![]() |
| Shamsul Anuar Nasarah |
Pengerusinya, Datuk Shamsul Anuar Nasarah berkata, perbincangan meliputi aspek perundangan, mekanisme yang bersesuaian serta juga memperhalusi kes-kes dan situasi peminjam-peminjam PTPTN.
Kata beliau, cadangan bayaran balik berdasarkan pendapatan itu dilihat merupakan salah satu pendekatan terbaik bagi memastikan semua peminjam yang mempunyai kemampuan membuat bayaran balik pembiayaan.
“Melalui kaedah tersebut, jumlah ansuran bulanan dicadangkan berdasarkan kepada peratusan tetap daripada pendapatan bulanan peminjam berbanding pelaksanaan sedia ada berdasarkan kepada jumlah pembiayaan yang diterima.
Perdana Menteri Mendapat Sokongan Penuh Wanita UMNO
Wanita UMNO sokong Perdana Menteri
KAMIL MASLIH DAN MOHD. ASRON MUSTAPHA
09 April 2015 5:45 PM
KUALA LUMPUR 9 April - Wanita UMNO selaku tulang belakang parti itu memberi sokongan penuh terhadap kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, sokongan tidak berbelah-bahagi itu berikutan setiap persoalan yang timbul pasti akan dijawab Najib tanpa perlu apa-apa pun disembunyikan.
“Menerusi keputusan mesyuarat kami, Wanita UMNO sebulat suara membuat keputusan untuk bersama Najib, selain akan memberi sokongan penuh kepada beliau,” katanya dalam sidang akhbar Majlis Kepemimpinan Wanita UMNO Bersama Perdana Menteri, di sini hari ini.
Yang turut hadir, Naib Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Azizah Dun; Setiausaha Wanita UMNO, Datuk Rosni Sohar dan Ketua Penerangan Wanita UMNO, Datuk Rosni Zahari. - UTUSAN ONLINE

Subscribe to:
Posts (Atom)